JOm renungkan....

Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Tuesday, July 6, 2010

PERBEZAAN BAHASA PIJIN DAN KREOL

Pengenalan
Bahasa merupakan satu symbol perhubungan yang boleh wujud dalam masyarakat diantara perhubungan perkembanagan social, politi, ekonomi, agama, pendidikan dan laian-lain. Bahasa merupakan satu alat untuk perhubungan manusia diantara manusia dalam kehidupan seharian, Menurut Trudgill 1974 Dalam pengucapan bahasa terdapat sedikit sebanyak perbezaan yang ditimbulkan oleh pelbagai factor-fakto. Dalam masyarakat yang besar bilangan anggotanya dan rumit dalam pengkhususanya dalam menjalanakan cara hidup, perbezaan dalam pertuturan jelas sekali dan kadang-kadang digalakkan untuk menimbulkan identiti kumpulan (Tay meng Goat 1994:53).


Pertemuan bahasa
Keadaan yang terdapat lebih satu bahasa pada satu tempat tertentu mesti pada masa dan tempat yang sama, Maka wujudlah pengaruh keatas tempat dan masa itu. Pertemuan bahasa berlaku kerana ada komunikasi antara pengguana-pengguna bahasa yang berbeza. Bahasa juga boleh bertemu secara tidak langsung melalui agama dan media lain seperti media elektronik. Diantara pertemuan bahasa berlaku adalah melalui apabila sesebuah negara itu berjiran, mereka yang tinggal berdekatan sempadan mengalami satu proses pertemuan dua bahasa, hal ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana negara.

Selain itu juga pertemuan bahasa berlaku melalui praktik aktiviti iaitu masyarakat yang mempunyai aktiviti-aktiviti penggunaan bahasa yang berbeza, bahasa yang bertemu melalui aktiviti pendidikan. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertemuan bahasa, pendidikan dapat mempengaruhi bahasa-bahasa hal ini memberi kesan kepada perkembangan dalam peminjaman bahasa.
Apabila pengguna bahasa yang berbeza hidup dalam masyarakat yang sama, maka proses pertemuan bahasa berlaku kerana kepentingan didalam komuniti untuk berinteraksi. Selain itu juga, tenaga buruh yang diperlukan oleh sesebuah negara menjalanakan imgrasi pekerja, hal ini memeberi kesan terhadap pertemuan diantara bahasa juga. Malah pertemuan bahasa berlaku melalui perhubungan kebudayaan masyarakat yang berlainan bahasa membawa pelawat kumpulan tradisional.

Kelahiran bahasa
Menurut sumber siber ‘bahasa itu lahir pada waktu yang sama dengan kealhiran manusia, berdasarkan penemuan antropologi, arkeologi, biologi dan sejarah purba manusia’ menurut Brooks. Kelahiran bahasa mempunyai perbezaan pendapat yang jelas dan nyata, namun diketahui bahasa kelahiran bahasa telah dibincang oleh ahli-ahli linguist. Kelahiran bahasa merupakanna kurnian tuhan, setiap agaama memepunyai pandangana tentang kelahiran bahasa contohnya bagi masyarakat islam kelahiran bahasa bermula dengan nabi Adam dan Hawa. Menurut teori condillac dalam sumber siber ‘bhawa bahasa itu berasal daripada tuhan, tuhan telah melengkapi pada pasangan manusia pertama (Adam dan Hawa) dalam kepandaian berbahsa
Selain itu juga, kelahiran bhasa melalaui sumber gerak isyarat lisan iaitu dengan menggunakan tangan, muka dan lain-lain namun tidak mengeluarkan bnyi. Set gerak isyarat secara fizikal dibentuk dahulu kemudian set gerak isayrat lisan yang melibatakan mulut dilakauakn, kedua-dua aspek ini diperlukan untuk berkomunikasi. Menurut sumber siber ‘berpendapt bahawa bahasa itu berasal dari teriak-teriakan, gerak-geri badan yang bersifat naluri yang dibangkitkan oleh perasan dan emosi kuat oleh F.B Condillac ’.
Kelahiran bahasa juga berlaku melalui sumber-sumber bunyi semulajadi iaitu meniru bunyi semulajadi dipersekitaran yang lebih dikenali sebagai teori bow-wow (onomatopia). Selain itu juga dikenali sebagai teori pooh-pooh yang mana bunyi yang mengambarkan emosi manusia itu sendiri dan bunyi akibat usaha fizikala manusia. Hal ini dperkukuhkan dengan menurut sumber siber Von Herder ‘bahasa itu terjadi dari proses onomatopia, iatu peniruan bunyi alam. bunyi-buyi alam yang ditiru ini benih yang tumbuh menjadi bahasa sebagaia akibat dari dorongana hati yang sangata kuaat untuk berkomunikasi’. Menurut hipotesis Brooks bahasa pada mulanya berbentuk bunyi-bunyi tetap untuk menggantikan atau sebagai simbol bagi benda, hal, atau kejadian tetap di sekitar bagian yang tepat bunyi-bunyi itu, kemudian bunyi-bunyi itu di pakai bersama oleh orang-orang di tempat itu.sejak awal bahasa itu merupakan satu kerangka atau struktur yang di bentuk oleh empat unsur, yaitu, bunyi,keteraturan, bentuk dan pilihan. Kemudian karena kelahiran bahasa bersamaan dengan kelahiran kebudayaan, maka melalui kebudayaan ini dengan segala hasil ciptaan kognisi seseorang dapat di miliki oleh orang lain, dan dapat di turunkan kepada generasi berikutnya.

Asal-usul Bahasa Pijin
Apabila fenomena kelainana bahasa timbul disebabkan sekelompok manusia yang bercakap secara berbeza-beza didalam pertuturannya selalunya bertemu dalam hubungan sesuatu sosial, maka masyarakat komuniti itu mencari satu bahasa perantaraan yang boleh berinteraksi atau berkomnikasi. Pijin yang paling kuno dikenali sebagai bahasa lingua franca yang digunakan didalam bidang perdagangan pada abad pertengahan di eropah. Menurut Aishah Mahdi 2002:288 “Satu bahasa yang tidak yang diketuai oleh semua peserta dalam komunikasi tersebut digunakan dan bahasa yang digunakan dalam situasi ini merupakan dikenali sebagai lingua franca”.
Istilah bahasa franca digunakan daripada bahasa perdagangan dengan nama tersebut yang digunakan dipelabuhan Mediterranean dalam zaman abad pertengahan. Antara bahasa perdagangan yang diguanakan ialah bahasa Italy, bahasa sepanyol, bahasa yunani, dan bahasa arab. Disebabakan situasi sosial dan politik yang berlaku didalam masyarakat tersebut maka mereka memerlukan bahasa bersama yang lebih efisien didalam perhubungan diantara komuniti maka bahasa ini dikenali bahasa linga franca. Contohnya bahasa inggeris telah menjadi bahasa lingua franca kerana mempunyai persetujuan bersama komuniti pada masa itu.
Menurut Aishah mahdi 2002:289 ‘apabila satu kelompok menjadi kelompok yang dominan dari segi politki dan ekonomi keatas kelompok satu lagi’. Daripada kepentingan politik dan ekonomi keatas kelompok tersebut pembelajaran bahasa pijin merupakan bahasa yang kedua yang tidak sempurna kerana sekelompok yang dominan hanya menjalankan interaksi diantara masyarakat berdasarkan kepentingan perdangaan sahaja
Bahasa pijin merupakan bahasa hasil gabunggan bahasa tetapi bukan bahasa pertama didalam sesebuah komuniti itu yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Malah, Bahasa yang mempunyai unsur campuran unsur pelbagai semulajadi yang digunakan oleh kumpulan tertentu dengan kata lain bahasa pijin merupakana bahasa yang ditutur oleh penutur yang asli. Asal bahasa pasar istilah pijin adalah turut dipertikaikan dan satu jumlah penjelasan telah dicadangkan. Kata pijin sendiri dikatakan terbit daripda bahasa inggeris business hal ini diperkukuhkan lagi dengan menurut ………. :219 Isitilah pijin berasas teori paling terkenal ialah iaitu datang daripada chinese bahasa pasar diinggeriskan di mana cara bahasa pasar bagi perniagaan adalah gospidgin mengawal.
Menurut Aishah Mahdi 2002:289 ‘terdapat pijin yang beasakan antaranya bahasa Inggeris, bahsa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa Arab, dan bahasa Swahili’. Hal ini menunjukan bahawa bahasa pijin merupakan sumbangan daripada bahasa Eropah. Selain itu juga, bahasa pijin berkemungkinan berasal dari bahasa pasar yang telah dicadangkan oleh para ahli bahasa dunia dan dikatakan mempunyai penjelasan asal usul bahasa pijin berasaskan bahasa pasar. Ahli pangkaji bahasa-bahasa dunia mencadangkan terhadap pijin kemungkinan mempunyai 6 usul, antaranya ialah bahasa pijin berasal perkataan orang Portugis iaitu occupacao ‘perniagaan, bahasa Ibrani yang dikenali pidjom ‘tukar menukar barang’, Amerika selatan Indian, bahasa Inggeris pigeon ‘burung merpati’.dan bahasa Kantonis pijin dikenali bei chin ‘bagi duit’ menurut Bernad Comrie 1996:146.

CIRI-CIRI BAHASA PIJIN
Pijinisasi adalah proses terjadinya sebuah pijin samada berupa campuran atau penyederhanaan struktur dan leksikon sesuatu bahasa untuk kontak sosial yang singkat. Menurut Aishah Mahdi 2002:289 ‘Bahasa pijin kadang-kadang disebut sebagai bahasa pertembungan iaitu membayangkan hakikat bahasa seperti ini selalunya timbul apabila kelompok sosial bertembung’. Dalam situasi apabila berlakunya pertembungan diantara manusia yang mana bahasa yang digunakan tidak selaras dalam komuniti itu, apabila satu komuniti menjadi kelompok yang dominan dari segi politik dan ekonomi keatas komuniti yang satu lagi, komuniti yang dominan hendak melakukan aktiviti perdagangan, menjelajah atau menjajah kelompok bawahan maka dalam situasi ini bahasa pijin berkembang dengan sifat-sifat yang penting.
Setelah bahasa pijin berkembang maka bahasa tersebut mempunyai sifat atau ciri-ciri yang tertentu. Diantara ciri-ciri bahasa pijin ialah bahasa pijin tidak mempunyai penutur asli tetap digunakan sebagai bahasa perantaraan komunikasi antara orang yang merupakan penutur lain supaya penutur itu dapat diterima dan berkomunikasi didalam komuniti itu untuk menjalankan kegiatan antaranya perdaganagan.
Selain itu juga, bahasa pijin mmepunyai ciri-ciri penyederhanaan didalam sistem fonetik, tatabahasa, dan semantik. Malah bahasa pijin berasaskan pada ciri linguistik satu atau lebih bahasa lain dan merupakan bahasa yang dipermudah dengan kosa kata dan struktur tatabahasa yang dikurangakan. Hal ini diperkukuhakan lagi menurut ……….. :219 ‘bahasa pijin digambarkan sebagai satu ‘mariganal’ bahasa iaitu bahasa pinggiran oleh penutur yang menggunakan unutuk berkomunikasi diantara ahli komuniti pastinya secara terhad’. Ini bermakan bahawa bahasa pijin mempunyai tatabahasa dan kosakata yang terhad mahupun kurang. Malah bahasa piji ini sangat terhad dari segi leksis tatabahasa, sering hilang dan timbul disebabkan hubungan manusia yang melahirkannya.
Dari segi tatabahasa pula bahasa pijin ini kurang morfem fleksinya iaitu kata nama tidak mempunyai penghujung untuk menandakan kejamakan dan kata kerja pula tidak mempunyai penghujung untuk menandakan kala atau kerasian objek menurut Ashah Mahdi 2002:289. Selain itu juga bentuk kata kerja to be selalunya tidak ada dalam bahasa pijin dan kata sendi nama selalunya terhad pada set yang dikurangkan yang mempunyai berbilang fungsi.









PERBEZAAN ANTARA BAHASA PIJIN DAN KREOL
Diketahui bahawa bahasa pijin merupakan keturunan kreol yang menjadi bahasa kelompok orang yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Kebanyakan pijin dan kreol dilahirkan pada zaman penjelajahan dan penjajahan oleh orang Eropah pada abad ke 16 dan 17 khususnya di tanah melayu khususnya yang mana melahirkan bahasa baba dan nyonya di Melaka berasaskan bahasa pijin dan mencapai status kreol.
Seperti yang kita telah perhatikan bahawa pijin pada umumnya digunakan oleh penutur asli bahasa lain sebagai bahasa perantaraan komunikasi dan tidak mempunyai penutur asli, hal ini diperkukuhkan lagi menurut Kenneth Katzner 1997:33 ‘Bahasa pijin merupakan bukan penutur asli, penuturnya sentiasa menambahkan bahasa ibunda’. . Selain itu juga, pijin merupakan bukan bahasa pertama ibunda malah pijin adalah bahasa yang baru atau dicipta oleh sekelompok komuniti sesuatu masyarakat itu. Dalam keadaan yang tertentu bahasa kanak-kanak ‘baby talk’ mungkin mempelajari pijin sebagai bahasa pertamanya.
Terdapat evolusi dalam pembentukan pijin yang dikenali sebagai bahasa linga franca iaitu pijin kuno yang digunakan oleh pedagang-pedagang khususnya pedagang dari portugis, inggeris, belanda, perancis, sepanyol dan lain-lain. Selain itu juga bahasa pijin merupakan bahasa kedua yang tidak sempurna, hal ini dapat dilihat pada situasi dimana zaman penjajajah ,apabila kelompok yang dominan ingin berdagang atau menjajah dengan kelompok bawahan maka pijin menjadi bahasa perantaraan mereka.
Manakala bahasa kreol berlaku apabila pijin mempunyai penutur asli yang mneggunakannya sebagai bahasa utama, bahsa ini dikenali sebagai bahasa kreol, Ini bermakna bahawa bahasa kreol adalah dituturi sebagai bahasa yang asli. Bahasa kreol juga digunakan oleh penutur-penutur semasa dewasa, bahasa kreol dikatakan berkembang dalam situasi apabila orang dewasa dalam sesuatu masyarakat bercakap dalam bahasa asli yang saling tidak difahami dan bergantung pada pijin untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu juga kreol ialah pijin yang sudah menjadi bahasa ibonda untuk sesuatu masyarakat.
Selepas proses evolusi yang mana bahasa kreol diterbitkan dari pijin, seorang ahli linguist memeperhatikan bahawa antara kreol tulen (basilek) dengan kelainan setempat bahasa inggeris standard (akrolek) menurut Kristen Malmkjaer 1911:87. bermula dari kreol dan perlahan-lahan berubah menjadi bahsa inggeris standard. Bahasa kreol mencapai taraf bahasa standard dengan bahagian akhir kitaran iaitu peringkat apabila bahasa standard menggunakan pengaruhnya keatas kreol (penyahkreol) dan menjadika kreol sebuah bahasa yang sempurna.






CONTOH-CONTOH BAHASA
Dalam satu perbincangan yang menari tentang bahasa inggeris Pijin Hawaii. Bickerton (1980) memperhatiakan bahawa sungguhpun kosa kata pijin kebanyakan diamabil daripada bahasa ingeris,ayt-ayatnya mungkin bergantung pada bahsa asli asli seseorang penutur individu menurut Aishah Mahdi 2002:290. Contohnya, beliau telah mengemukaan kes seperti berikut
(1a)
a. Da pua pipl awl poteito it ( bentuk pijin )
The poor people only potatoes eat ( padanan kata inggeris )
“the poor people ate only potatoes” ( terjemahan )
b. Wok had dis pipl ( bentuk pijin )
Work hard these people ( padanan kata inggeris )
“these people work hard” ( terjemahan)
Contoh (1a) adalah daripada penutur jepun yang menggunakan pijin Hawaii, perhatikan pada perkataan ( it “eat” ) yang berada di akhir ayat tersebut hal ini sama dengan bahasa jepun. Pada contoh ( 1b ) adalah penutur berasal dari Filipino yang mneggunakan pijin tersebut. Perhatikan pada perkataan kata kerja ( wok “work” ) berada pada awal ayat sebagai kata yang pertama, sama seperti dalam bahasa Filipina daripada jenis yang digunakan oleh penutur tersebut sebagai bahasa aslinya. Sesungguhnya urutan kata dalam pijin Hawaii sbenarnya bukan lah tetap bagi mana-mana kelompok penutur.
Seterusnya, bahasa pijin dan kreol sudah lama bertapak di tanah melayu ini, berasaskan daripada proses perdagang yang dilakukan dan mewujudkan satu masyarakat yang menggunakan pijin dan kreol. Sebelum ini kita mengetahui bahawa kreol hanya berasakan bahasa eropah, namun di tanah melayu terdapat satu masyarakat yang dikenali sebagai ‘baba malay’ di negeri Melaka yang merupakan campuran melayu dan hokkien iaitu Chinese dialek. Contohnya, dapat diperhatiakan pada sebutan campuran malay dan hokkie.
“ i ” gua “ we ” gua orang, kita orang
“ you ” lu “ you ” lu orang, lu samua
“ he/she ” dia “ they ” dia orang
Contoh diatas adalah daripada penutur hokkien yang menggunakan sebutan gua “ i ” dan lu “you”, manakala bagi ganti nama diri orang yang ketiga dia “he/she”. Sebutan bagi perkataan “we” didalam sebutan hokkien adalah gua manakala bagi sebutan melayu adalah bermakna kita. Semua ganti nama dalam sebutan melayu adalah orang “person” seperti orang utan dan lelaki, tetapi dalam sebutan hokkien seperti lunang “you people”. Sebutan jamak bagi “you” adalah lu orang “you people”, atau sebutan bagi lu samua “you all”.

Menurut Bernad comrie 1996:161 ‘bahasa baba malay masih dituturkan di Melaka dan singapura, mungkin bahasa baba malay merupakan harta pusaka peninggalan oleh kebudyaan Nyonya yang mana dikenali sebagai ‘peranakan’ iaitu makanan daripada masyarakat Chinese dan malay yang dicampurkan, masakan ini terkenal dinegara singapura.
Kesimpulannya, dengan itu penutur yang meluaskan pijin menjadi kreol dalam maksud inttuitif yang tertentu dipaksa oleh kemampuan bahasa mereka, dan atas alasan ini mungkin semua kreol mempunyai persamaan dari segi sturktur yang sangat serupa tidak kira dimana kelainan bahasa ini berkembag dan apakah bahasa-bahasa ini berkembang.

1 comment:

HAURA MULTI RESOURCES said...

salam en shahrim ismail
pertamanya saya tidak ada apa2 komen mengenai nota ini.
keduanya saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai bahasa kreol dan pengaruhnya dalam pembelajaran. ini kerana saya tidak begitu faham bagaimana ia boleh mempengaruhi pembelajaran seseorang yg dirumahnya gunakan bahasa kreol tetapi disekolah perlu gunakan bahasa melayu. apa kesan terhadap pembelajarannya. contohnya seorang pelajar keturunan baba nyonya. bolehkah berikan contoh perkataan dari bahasa baba nyonya itu dan maknanya dlm bhs melayu.