JOm renungkan....

Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Tuesday, July 6, 2010

BAHASA-BAHASA UTAMA DUNIA : BAHASA ARAB

Pengenalan

Bahasa merupakan satu alat untuk perhubungan manusia diantara manusia dalam kehidupan seharian, Menurut Trudgill 1974 Dalam pengucapan bahasa terdapat sedikit sebanyak perbezaan yang ditimbulkan oleh pelbagai factor-fakto. Dalam masyarakat yang besar bilangan anggotanya dan rumit dalam pengkhususanya dalam menjalanakan cara hidup, perbezaan dalam pertuturan jelas sekali dan kadang-kadang digalakkan untuk menimbulkan identiti kumpulan (Tay meng Goat 1994:53).

Menurut Aishah Mahdi 1998:xii “rumpun-rumpun bahasa terbesar adalah Niger-Kordofania (1489), Austronesia (1262}, Trans-Nugini, Indo-Eropa, Afri-Asiatik, Sino-Tibet, Australia, Nilo-Sahara, Oto-manguea, Austro-Asiatik, Sepik_Ramu, Dravida, Tai-kadai, Tupi.” Ini telah terbukti bahasa didunia ini terdapat banyak bahasa-bahasa yang dituturkan oleh manusia yang menghuni muka bumi ini dan terdapat juga komunikasi diantara mereka untuk melakukan sebarang aktiviti dan komunikasi. Rumpun ini menjelaskan bahawa diantara bahasa-bahasa didunia ini mempunyai hubungan geonologi mahupun tipologi.

Seterusnya dalam tugasan ini akan menghuraikan bahasa arab dari aspek klafikasi geonologi. Diketahui bahawa bahasa arab dibawah cabang semitik yang merupakan salah satu bahasa dari kerabat Afroasiatik.

Dilihat dari sudut geonologi bahasa Afroasiatik iaitu berdasarkan asal-usul bahasa itu yang diturunkan dari satu sumber atau bahasa induk/moyang. Dipetik dari sumber siber http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_ArabRumpun bahasa Afro-Asia yang dianggarkan ialah keluarga bahasa 250 atau 240, dituturkan kira-kira 175 juta orang dari segi etnik dan ras. Rumpun bahasa ini tersebar luas di di dearah Afrika Utara, Afrika Timur, Sahel, dan Asian Barat Daya”.

Afroasia terdiri daripada beberapa cabang subkeluarga yang berhubung diantara satu sama lain. Keluarga bahasa ini mengandungi 5 atau 6 cabang utama yang berasal daripada bahasa induk. Subkeluarga ini terdiri daripada bahasa-bahasa Berber, Bahasa Chadik, Bahasa-Bahasa Mesir, Bahasa Semit, Bahasa-bahasa Kushitik, Bahasa-bahasa Beja ( diklafikasikan sebagai bahsa Kushitik), dan Bahasa-bahasa omotik ( Christopher Ehret 1995:1).

Bahasa induk bagi bahasa arab merupakan proto-semitik, Hal ini dapat dijelaskan dengan kaedah linguistik komparatif merupakan satu cara utuk mengetahui atau membuktikan mengenai bahasa itu adalah berkognat atau sebaliknya, Cara ini merupakan satu siri perbandingan hubungan sejarah diantara bahasa-bahasa semitik iaitu hubungan kekeluargaan yang membuktikan bahawa bahasa arab berkerabat dengan bahasa-bahasa proto semitik.

Hal ini dapat dijelaskan melalui geologi bahasa semitik yang bergambarajah pohon menurut Kees versteegh 1997:14.

Geonologi Proto-Semitik

Proto-Semitic


West Semitic East Semitic

(Akkadian)

South Semitic Central Semitic

Arabo-Canaanite Aramaic


Ethiopian Epigraphic Modern

South Arabian south Arabian

Arabic Canaanite

(Hebrew,

Phoenician)

The geonology of the semitic languages (according to Hetzron 1976)

Gambarajah pohon ini merupakan hubungan ikatan bahasa-bahsa semitik, Cabang bahasa kelompok semitik merupakan salah satu faripada bahagian afroasiatik dan bahasa semitik merupakan mempunyai penutur paling ramai dikalangan rumpun bahasa Afroasia, Diantara bahasa-bahasa semitik yang terkenal ialah bahasa Akkadian, Arabic, Hebrew, dan Aramanic.

Jadual dibawah menunjukkan bahasa arab mempunyai hubungan ikatan kekeluargaan diantara satu sama lain. Dan beberapa contoh yang telah disediakan oleh Chaim Rabin, Hamito- Semitica (1975:87).

Jadual Perbandingan Bahasa

English

Hebrew

Ugaritic

Syriac

Akkadian

Arabic

Ethiopic Amharic

Big

gadhol

G d l, r b, m i d

rabbā

Rabū ma’du

kabīr

‘abīy

Blood

dām

d m

dmā

dāmu

dam

dam

Cold

qar

qarrīrā

kasū

bārid

qwarīr

Die

mēth

m w t

mīth

mātu

māta

mōta

Drink

šāthāh

k l b

kalbā

kalbu

kalb

kalb

eye

‘ayin

‘ n

‘ainā

īnu

‘ain

‘ayn

Fire

’ēš

i š t

nūrā

išātu

nār

ĕsāt

fish

dāgh

d g

nūnā

nūnu

samak

‘āšā

Merujuk jadual ini kebanyakan perkataan tersebut tidak banyak mengalami perubahan kerana rumpun bahasa ini merupakan dibawah satu rumpun iaitu Afroasia. Contohnya kita boleh melihat pada perkataan “ blood” membawa makna darah,

Pada setiap bahasa perkataan menunjukan bahawa fonem /d/ dan /m/ mempunyai persamaan yang ketara walaupun terdapat sedikit kelainan namun perbezaan itu tidak menjadi ukurannya.

Oleh demikian dapat disimpulkan bahawa bahasa-bahasa berkenaan mempunyai status perhubungan diantara satu sama lain yang lebih dikenali sebagai bahasa berkognat.

Bahasa arab adalah sebuah bahasa semitik yang muncul dari wilayah arab Saudi dan berkerabat dengan bahasa yang telah disebutkan. Bahasa arab tersebar luas disetiap pelusuk dunia. Malah digunakan sebagai bahasa lingua franca didunia arab merangkumi negara-negara berikut seperti Mesir, Sudan, Libya, Arab Saudi, Jordan, Iraq, negara-negara afrika Utara meliputi Magribi, Tunisia dan Algria. Malah ia digunakan sebagai bahasa-bahasa utama Negara bukan arab seperti Republik chad di Afrika Tengah. Menurut laman web “Bahasa arab modern bersal dari bahasa arab klasik yang telah menjadi bahasa kesusuteraan dan bahasa umat islam sejak lebih kurang abad ke 16” .

Malah terdapat juga dialek-dialek sejarawi bahasa arab, iaitu bahasa Malta, Ahli penuturnya wujud dikawasan kepulauan Mediterranaen Malta. Bahasa Malta merupakan bahasa yang terasing daripda bahasa arab yang lain dan fonologikalnya amat berlainan dari saudaranya arab Tunisia. Ia juga mengandungi sebilangan besar pinjaman bahasa inggeris dan itali. Bahasa arab telah memberi banyak kosakata kepada bahasa lain dari dunia islam, sama seperti peranan bahasa latin kepada kebanyakan bahasa eropah. Semasa abad pertengahan bahasa arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik, dan falsafah yang menyebabkan banyak bahasa eropah turut meminjam kosakata darinya.

Pengklafikasi bukan sahaja melibatkan pendekataan geneologi semata-mata tetapi juga merangkumi pendekatan tipologi iaitu bahasa digolongkan berdasarkan persamaan ciri fonologi, nahu, dan leksikal yang wujud antara bahasa yang berlainan. Bahasa boleh diklafikasikan dalam jenis-jenis yang lebih kecil iaitu terbhagi kepada bahasa isolatif, bahasa aglunatif, dan bahasa inflektif. Namun bahasa arab hanya merangkumi kepada bahasa aglutinatif dan inflektif sahaja.

Bahasa aglutinatif adalah bahasa yang hubungan gramatikal dan struktur perkataannya dinyatakan dengan kombinasi unsur-unsur secara besar, Perkataan-prkataan mempunyai akar dan afiks. Dengan kata lain bahasa aglutinatif merupakan satu proses morfologi yang menambahkan imbuhan pada kata akar bagi sesuatu perkataan. Contohnya boleh dilihat pada perkataan /daraba/ pada jadual dibawah.

JADUAL KATA KERJA

Gender

Tunggal

Dual

Jamak

1st

darabtu

darab

2nd masc

Maskulin

darabta

darabtum

darabtunnā

2nd fem

Feminin

darabti

darabtunna

3rd masc

Maskulin

daraba

dara

dara

3rd fem

Feminin

darabat

daraba

darabna

Pada jadual tersebut jelas menunujukan bahawa terdapat pembahagian anatara akar dan afiks dalam perkataan-perkataan. Contohnya pada perkataan /darab/tu, /darabta/, /darabti/, /darabat/, /darabtunna/, /dara/, /daraba/, /darab/, /darabtum/, /dara/ dan /darabna/. Pada perkataan tersebut terdapat imbuhan akhiran yan telah dihitamkan. Dengan mengasingkan perkataan akar dan akhiran (safiks) tanpa memberi kesan pada kekaburan. Contohnya /darabna/, pada perkataan akar /daraba/ bermakna ‘telah memukul’ boleh dipisahkan dengan akhiran /na/ iaitu ‘kami’. Apabila digabungkan ayat tersebut maka memberi maknanya ‘kami telah memukul’.

Begitu juga berlaku pada perkataan lain didalam jadual tersebut, kebanyakan perkataan awalan dan akhiran berlaku pada kata kerja kala, dan kata nama, namun ia juga mengandungi unit-unit makna seperti bilangan tunggal, dual, dan jamak. Malah terdapat juga pada gender maskulin dan feminin.

Bahasa inflektif merupakan jenis bahasa yang menggunakan infleksi untuk menandakan hubungan gramatikal. Satu perkataan boleh mengandungi beberapa unit makna tetapi kita tidak boleh mengaitkan unit-unit makna itu dengan bahagian-bahagian yang tertentu dalam perkataan. Disini terdapat fungsi sintaksis yang menyentuh perkara-perkara seperti gender, bilangan, kala, dan lain-lain.

Perkataan /daraba/ bermaksud ‘dia telah memukul’ dan merupakan perkataan akar bagi jenis gender maskulin. Manakala bagi perkataan /darabtu/ membawa maksud ‘saya telah memukul’, Pada perkataan tersebut penambahan akhiran /tu/ telah diletakkan bersama dengan perkataan akar dan membawa makna yang bebrbeza daripada perkataan akar. Makna tersebut telah menfokuskan kepada gender masuklin atau feminin dan selain itu juga ia merupakan bilangan bagi menunjukkan tunggal.

Selain itu juga bagi perkataan /darabta/ membawa maksud ‘kamu telah memukul’ bagi gender maskulin sahaja, dari segi penambahan kata akhiran /ta/ telah menterjemahkan bahawa lelaki itu telah memukul dan diketahui siapa yang telah memukul.

Pada kata nama dan kata kerja terdapat proses penambahan imbuhan pada kata akar, manakala imbuhan tersebut berlaku samada awalan dan akhiran perkataan. Dengan penambahan imbuhan awalan dan akhiran struktur makna grammatikal amat jelas dan nyata. Malah makna-makna pada perkataan tersebut berubah-berubah.

Bahasa arab mempunyai sistem-sistem linguistik yang tersendiri iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis. Seterusnya, penulis akan menghuraikan sistem linguistik bahasa arab dari segi fonologi bahasa arab. Menurut Azmin Daud 1997:4 “ bahasa arab mempunyai 3 vokal pendek iaitu fonem vokal /a/, /u/, dan /i/, selain itu juga terdapat 3 fonem vokal panjang iaitu / ā /, / ī /, dan / ū / sebagai fonem vokal asas (Al-Ghari:byy 1986:52). Terdapat juga 2 jenis diftong dalam bahasa arab iaitu /aw/ dan /ay/ ”.

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan I.M Diakonoff 1975:133 “A system of six vowel phonemes ( a, i, u, ā, ī, ū, )”. Contohnya bagi vokal /a/ diberi lambang ( َ ) [wajaba] dan vokal /u/ diberi lambang (ُ—) /wujub/ kedua-duanya ditulis diatas konsonan dan separuh vokal. Dan vokal /i/ diberi lambanag ( ِ—) /biki/. Bagi vokal yang panjang iaitu /ā/ [qālā], /ī/ [sīrī], dan /ū/ [qūlū] diberi lambanag separuh vokal (ا ),( و ), dan ( ي ) dikenali diftong.

Huruf Arab

Nama Vokal

Transliterasi

َ

Vokal pendek

a

ِ

i

ُ

u

ا َ

Vokal panjang

ā

—ْ

ī

و ُ

ū

Jadual huruf vokal Arab

Berikut merupakan fonem konsonan yang biasanya digunakan dalam sistem piawai bahasa arab.

Jadual huruf Konsoanan Piawai Arab

Standard Arabic consonant phonemes

Bilabial

Labiodental

Inter-dental

Dental (incl. alveolar)

Post-
alveolar

Palatal

Velar

Uvular

Pharyn-
geal

Glottal

plain

emphatic

Plosive

voiceless

ت t̪

طt̪ˁ

كk

ق q

ء ʔ

voiced

بb

دd̪

ضd̪ˁ

جdʒ¹

Fricative

voiceless

ف f

ث θ

سs

ص

شʃ

خx

حħ

هh

voiced

ذ ð

ز z

ظ ðˁ

غ ɣ

ع ʕ

Nasal

م m

ن n

Lateral

ل l ²

Trill

ر r

Approximant

و w

ي j

Berikut ini penjelasan tentang konsonan dalam Bahasa Arab, dan juga telah disenaraikan kesemua 28 konsonan yang tedapat pada bahasa arab. Bahasa yang memepunyai banyak penutur ini tidak memliki fonem [p], kebiasaannya penutur lebih cenderung untuk membunyikan /p/ dengan fonem [b] dan [f]. Selain itu juga bagi fonem [ʤ] kadang-kadang disebut [ɡ] di Mesir dan Yaman Selatan. Manakala di daerah Afrika Utara dan di Syam diucapkan menjadi [ʒ]. Seterusnya fonem /l/ diucapkan [al] hanya dalam kata kalimat Allah dan fonem ini /ʕ/ biasanya sebagai akhiran fonetik.

Seterusnya, morfologi bahasa arab dikenali juga sebagai tasrif. Dalam bidang morfologi bahsa arab penekanan diberikan kepada ciri-ciri perkataan bahasa arab iaitu perkataan-perkataaan teras, Perkataan teras dalam bahasa arab membawa makan asas ‘makna leksikal’ yang jelas dan lengkap tanpa bantuan perkataan lain seperti Kata nama, Kata Dasar, Kata Sifat, dan Kata kerja.

Dalam pembahagian kata nama, dasar dan sifat golongan ini mempunyai setiap bahagian mengenai bilangan ( tunggal, dual, dan jamak ), posisi ( diri pertama, diri kedua, dan diri ketiga ), gender ( maskulin dan feminin ) dan ketentuan (umum dan khusus ).

Dari setiap perkataan-perkataan ini akan berlakulah aglunatif iaitu penambahan dari segi bilangan. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mufrad ( tunggal), musanna dual, dan jamak ( ramai ). Contohnya ‘rumah’ perkataan bagi tungggal /baytun/ maknanya rumah, /baytaāni/ maknanya dua buah rumah, dan /buyūtun/ bermakna banyak rumah.

bahasa arab mempunyai dua gender yang dikenali sebagai maskuli dan feminin adalah kategori tatabahasa wajib. Kata nama feminin mengambil kesejodohan dan kuasaan feminin , feminin selalunya ditandakan oleh /at/ diikuti dengan penanda kasus. Ciri-ciri feminin pula boleh dikenali dengan kewujudan empat tanda iaitu:

1) tā marbutah ( ۃ ) seperti dalam perkataan /madrasatun/ ‘مدرسة

2) tā maftuhah ( ٺ ) seperti dalam perkataan /ðahabat/ ذهبت

3) alif maqsurah ( ی ) seperti dalam perkataan /šalmī/ ‘سلمى

4) alif mamdudah ( ﺍء ) seperti dalam perkataan /mā’a/ ‘ماء

Berdasarkan maklumat tersebut, dengan tiada tanda-tanda yang telah dinyatakan maka sesutu perkataan itu boleh dikategorikan maskulin. Namun ada juga perkataan kata nama bertanda feminin merupakan maskulin misalanya /xalīfatun/ ‘khalifah’. Banyak kata nama yag tidak bertanda feminin secara ketara adalah femini. Misalanya anggota badan yang wujud berpasangan mata, kaki dan nama negara atau bandaraya dianggap sebagai feminine contohnya /madīnah/ akhirannya ( ۃ ).

Bahasa arab kita dapat menetukan dengan ciri-cirinya, ketentuan ialah keupayaan mengenal pasti sesuatu benda antara penutur dan pendengar, iaitu sama benda tersebut boleh dikenal pasti ‘khusus’ atau tidak boleh dikenal pasti ‘umum’. Kita dapat menentukan perkataan itu khusus ( tentu ) atau umum ( tidak tentu ) dengan menggunakan tanwin dan meletakkan partikel /al/ iaitu AL. Kita boleh menyebut dalam bahasa arab sebuah /kitābun/ ataupun ‘sebuah buku’. Keadaan ini menunjukan kata nama tak tentu (umum) pada perkataan /kitābun/ kerana ia tidak mengkhususkan kepada mana-mana buku dan ia juga menggunakan tanwin sebagai tanda ketaktentuannya. Jika ditambah /al/ dihadapan perkataan maka perkataan tersebut dikhususkan untuk sesuatu benda, Contohnya /alkitābun/ ‘buku itu’. Kesimpulanya setelah diletakkan tanda AL, makan tanwin tadi hendaklah dibuang kerana perkataan tersebut telah dikhususkan maknanya.

Seterusny Kata Nama dalam bahasa arab ialah perkataan yang merujuk kepada unsur tertentu dan tidak melibatkan masa Dr. Mohd Rosdi bin ismail . Contoh kata nama ialah /bayt/ ‘rumah’, /šams/ ‘matahari’, /fam/ ‘mulut’ dan sebagainya.

Ganti Nama merupakan sala satu daripada bahagian kata nama ialah perkataan yang dipakai sebagai ganti kepada sesutu kata nama sebelumnya. GN adalah gologan yang sesuai sebagai permulaan kearah memperkenalkan ciri-ciri perkataan bahasa arab, namun perkara ini telah dinyatakan sebelum ini.

Jadual dibawah menunjukkan keadaan ganti nama adalam bidang morfologi ini.

Bilangan

Ganti nama diri

Tunggal

Dual

Jamak

GN akhir

GN Diri Pertama (mas, fem)

‘ana

nahnu

nahnu

-ii, -ya,-nii,

-na

GN Diri kedua

( maskulin )

‘anta

‘antumma

‘antum

-ka. -kuma,

GN Diri kedua

( feminin )

‘anti

‘antumma

‘antunna

-ki, -kuma

GN Diri ketiga

( maskulin )

Huwa

huma

hum

-hu or hi,-hum, -him

GN Diri ketiga

( feminin )

Hiya

huma

hunna

-haa,-huma, hunna

Jadual tersebut menunujukkan kata ganti nama diri dalam sistem bahasa arab, Bagi ganti diri pertama /‘ana/ ‘saya’ merangkumi gender maskulin dan feminin menerangkan ganti diri /‘ana/ adalah bilangan tunggal yang mana tidak berkaitan dengan orang lain melainkan diri sendiri,untuk mengenali smada GND pertama dapat diterangkan melalui imbuhan -ii, -ya dan -ni. Manakala perkataan ganti nama diri /nahnu/ ‘kami’ menunujukkan bilangan dual atau lebih penutur dan seterusnya pada perkataan ganti nama diri pertama juga menunjukkan bilangan jamak menggunakan GN diri /nahnu/ ‘kami’ menerangkan makna ‘ramai’, perkataan ini dapt dikenalpasti melalui imbuuhan -na.

Perkataan /‘anta/ dan /anti/ adalah bagi ganti nama diri kedua merangkumi gender maskulin dan feminin, pada akhiran perkataan tersebut dapat dikenal pasti dengan adanya imbuhan –ka dan -ki. Manakala pada perkataan yang mempunyai gender dual dan jamak yang menunjukkan bilangan yang ramai pada perkataan /‘antum/ dan /‘antunna/.

Bagi ganti nama diri ketiga gender maskulin dan femini adalah berbeza yang menerangkan sesuatu lelaki dan sesuatu perempuan iaitu /huwa/ dan /hiya/ untuk bilangan tunggal. Manakala bagi bilangan dua ganti nama diri ketiga adalah sama iaitu huma,dan bagi bilangan jamak terdapt imbuhan akhiran hum atau hunna.

Seterusnya Kata Dasar juga terdapt dalam sistem morfologi bahasa arab. Kata dasar ialah perkataan yang berfungsi sebagai keterangan atau rujukan kepada sesuatu proses. Ia adalah perkataan yang mewakili makna abstrak yang hanya bolh difahami dalam minda dan tidak mempunyai rujukan khusus sebagaimana kata nama ( Dr. Mohd Rosdi bin ismail 2004:210). Contohnya,

Kata Kerja

Makna

Kata Dasar

Makna

darasa

Untuk mengkaji

darsu

Kajian

fataha

Untuk menakluki

fathun

penaklukan

sajjala

Untuk merakam

tasjiilun

Rakaman

sawwata

Untuk mengundi

taswiitun

pengundian

qarrara

Untuk menentukan

taqriirun

laporan

Seterusnya Kata Sifat merupakan salah satu sebahagian daripda bidang morfologi. Kata sifat ialah golongan kata yang merujuk kepada ciri atau kriteria sesuatu benda. Contohnya, perkataan /jamil/ membawa makna kata sifat cantik , perkataan ini meenerangkan atau memperkatakan tentang ciri-ciri atau tabiat sesuatu benda. Dilihat pada contoh kedua menunjukkan perkataan /hasan/ membawa makna ‘baik’’ menerangkan sifat kelakuan, Selain itu juga, Menurut Dr. Rosdi bin ismail “kata sifat dipakai untuk menunjukkan sesuatu proses yang berlaku secara kerap atau berterusan”.

Kata kerja bahsa arab ialah perkataan yang menunjukana berlakunya sesuatu perbuatan pada masa tertentu, sama ada kata kerja kala lepas, kata kerja kala kini atau kala depan dan kata suruhan. Berikut disenaraikan contoh-contoh bagi semua kata kerja kala lepas iaitu perkataan /qatala/ ‘dia telah membunuh (L)’.

Jadual kata kerja kala lepas

Gender

Tunggal

dual

jamak

Ganti Nama

Maskulin

Qatala

qatalā

qatalū

Ganti Nama

( GN )

diri ke 3

Feminin

Qatalat

qatal

qatalna

Maskulin

Qatalta

qataltumā

qataltum

Ganti Nama diri ke 2

Feminin

Qatalti

qataltumā

qataktunna

Maskulin

& feminin

Qataltu

qatal

GN pertama

Berdasarkan jadual tersebut perkataan tungggal tidak ditambah imbuhan akhiran, manakala disetiap perkataaan diaats menunjukkan pertambahan perkataan disetiap akhiran perkataan yang mewakili dual dan jamak bagi gender maskulin untuk ganti nama bagi orang yang ketiga seperti /ā/, dan /ū/.

Dan ganti nama bagi orang yang kedua dan pertama yang mewakli feminin dan maskulin juga adalah mengikut system yang sama.

Seterusnya huraian mengenai kata kerja kala kini, contoh /yaqtulu/ bermakna dia sedang mem bunuh L’.

Jadual kata kerja kala kini atau depan

Gender

Tunggal

dual

jamak

Ganti Nama

Maskulin

Yaqtulu

yaqtulāni

yaqtulūna

Ganti Nama

( GN )

diri ke 3

Feminin

Taqtulu

taqtulāni

taqtulna

Maskulin

Taqtulu

taqtulani

taqtulūna

Ganti Nama diri ke 2

Feminin

taqtulīna

taqtulani

taqtulta

Maskulin

& feminin

Aqtulu

naqtulu

GN pertama

Seterusnya, jadual ini menunjukkan bahawa perkataan awalan dan akhiran mempunyai penambahan, Kerana perkataaan ini menujukkan perkara yang sudak lepas. Dilihat pada perkataan tunggal ditambah awalan /ya/ dan akhiran /u/ disetiap gender mahupun ganti nama dengan penambahan awal dan akhiran yang berbeza. Maka makna yang diberi juga adalah berbeza.

Berikutnya ialah mengenai Kata suruh yang dibentuk daripada senarai diatas. Kata suruh merupakan terbentuk daripada kata kerja contoh /qatala/.

Jadual kata kerja suruhan

Gender

Tunggal

Dual

Jamak

Maskulin

Uqtul

uqtulā

uqtulū

Femini

Uqtulī

uqtulā

uqtulna

Bahagian kata kerja yang digunakan hanyalah ganti nama diri kedua sahaja. Pada perkataan /qatala/ ‘bunuh’, maka terbina kata suruh iaitu /uqtul/ bermakna ‘bunuhlah(L) dia bil. Tunggal’, /uqtulā/ bermakna ‘kamu(L/P) berdua bunuhlah dia bil. dual, /uqtulū/ bermakna ‘kamu(L) bertiga bunuhlah dia’ bil.jamak, Manakala /uqtulī/ bermakna ‘bunuhlah(P) dia’, /uqtulā/, dan /uqtulna/ bermakna ‘kamu(P) bunuhlah dia. Bagi perkataan tunggal maskulin perkataan tidak ditambah awalan dan akhiran namun pada perkataan femini ditambah akhiran / ī/. Untuk kata bagi dual perkataan akhiran /ā/ gender maskulin dan femini adalah sama, dan bagi perkataan jamak ditambah /ū/ akhiran , manakala femini jamak ditambah akhiran /na/ .

Seterusnya, bahasa arab juga mempunyai struktur binaan ayat yang dikenali sebagai sintaksis yang merangkumi dua bahagian iaitu jumlah fi’lliyah ( binaan ayat yang dimulakan dengan kata kerja ) dan jumalah ismiyyah ( binaan ayat yang dimlakan dengan kata nama ). bahasa arab memmpunyai tiga bertatabahasa iaitu nominatif, akusatif dan genitif. Fungsi kata nama dalam bahasa arab biasanya ditandakan dengan akhiran vokal pendek /u/ menandakan nominatif contohnya /kitābun/ ‘buku’, /i/ menandakan genitif contohnya /kitābin/, dan /a/ akusatif contohnya /kitāban/.

Jumlah fi’lliyah mengandungi kata kerja, subjek, dan objek (VSO). Jumlah ini ini dimulakan dengan kata kerja dihadapan ayat. Contohnya /akala/ ‘telah makan’, /zaidun/ ‘zaid’, /samak/ ‘ikan’. Ayat diatas menerangkan bahawa kata kerja diletakkan dihadapan ayat manakala subjek adalah /zaidun/ dan /samak/ itu dikenali sebagai objek bagi subjek.dan makna sebenar ayat tersebut ialah ‘zaid telah makan ikan’.

Pada jumlah fil’lliyah juga terdapat jumlah kata kerja iaitu ( fi’l) dan pembuat ( fa’il). Dilihat pada contoh ini, daraba zaydun amran bermaksud zaid memukul amran. disini perkataan /daraba/ digolongkan sebagai kata kerja ( fi’l ) manakala zaydun pula digolongan sebagai objek pembuat ( fa’il ) yang memukul amran dan amran merupakan subjek ( maf’ul ) yang telah dipukul oleh zaydun.

Jumlah ismiyyah mengandungi kata nama, subjek, dan objek (SVO). Jumlah ini juga dimulakan dengan kata nama dihadapan dihadapan ayat. Contohnya ayat (SVO) /muħammadun/ ‘muħammadun’, /mualimun/ ‘seorang guru’. Ayat ini dimulakan dengan /muħammadun/ merangkumi bagi kata nama dan subjek , manakala bagi objek nya diketahui bahawa dia ‘seorang guru’.

Pada jumlah ayat isimiiyyah pula mempunyai benda ( mubtada ) dan benda yang diceritakan ( kabar ). Dilihat pada ayat ini, muhammadun akhuka bermaksud muahammad saudara saya. Perkataan /Muhammadun/ disini menerangkan mengenai benda dan manakala perkataan /akhuka/ menerangkan tentang benda yang diceritakan iaitu saudara saya yang bernama muhammad.

Manakala frasa kata adjektif ialah frasa yang mneggunakan kata sifat. Contohnya /fatimatun/ ‘fatimah’, /karīmatun/ ‘seorang yang mulia’. Ayat ini meggunakan kata sifat bagi perkataan /karīmatun/ ‘dia seorang perempuan yang mulia’.

Kesimpulannya,Bahasa arab merupakan satu bahasa yang mempunyai struktur fonologi, morfologi, dan sintaksis yang sangat kompleks, menarik, indah dan terperinci. Malah digunakan ramai penutur didunia ini seramai 225 juta penuturnya. Bahasa arab menarik minat berjuta-juta penutur bukan arab untuk mempelajarinya ke peringkat berbeza, kerana ia merupakan bahasa dari kitab suci Al-Quran.

No comments:

There was an error in this gadget