JOm renungkan....

Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Thursday, February 4, 2010

Morfologi

Tatabahasa

1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis

2. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.

3. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Morfem

1. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan.

2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum.

3. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num

4. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.

5. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Latihan

Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:

i. memperjuangkan

ii. memperlekeh

iii. perjuangan

iv. menduduki

v. dikasari

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:




Morfem bebas

Morfem terikat/imbuhan

1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa

2. mempunyai makna sendiri

1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber

2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:



(kembali ke laman utama)

No comments: